Wednesday, January 30, 2019

FAIRUZ MISRAN TUMPANG GLAMOR P.RAMLEE?

Baru-baru ini viral seorang jejaka yang memiliki paras rupa, gaya percakapan dan nyanyiannya persis Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh ataupun lebih dikenali sebagai P. Ramlee adalah seniman agung yang memiliki bakat luar biasa dalam nyanyian, lakonan, mengarah, ahlil musik dan penulis lagu.



Rindu kita terubat apabila muncul seorang jejaka yang saling tak tumpah seperti P. Ramlee. Video jejaka kelahiran Sabah yang dikenali sebagai Fairuz Misran ini viral di Facebook dengan nyanyian Madu Tiga dan Maafkan Kami.

Beliau juga sering membuat "live" di Facebook. Terubat juga rindu kita pada Allahyarham P. Ramlee bukan? Ramai peminat P. Ramlee memuji keistimewaan yang ada pada Fairuz Misran kerana berjaya meniru 100% gaya P. Ramlee.


Seolah-olah P. Ramlee masih hidup dan seronok melayan peminatnya. Jika Facebook sudah wujud dizaman beliau, mungkin begini dia melayan peminatnya dahulu. Kan?





Dalam keseronokkan kita berhibur dan mengubat rindu bersama Fairuz Misran, ada juga netizen yang membandingkan Fairuz dan P. Ramlee. Malah, ada netizen yang mengecam dan mendakwa Fairuz menumpang glamor P. Ramlee! Viar Vetik??



Buat netizen yang tak tahu apa-apa tu, Fairuz ni sebenarnya pernah mengikuti pertandingan Bintang P. Ramlee juga tau. Apa daa. Jadi tidak hairan kenapa dia begitu pandai meniru gaya P. Ramlee. Malah Fairuz sering diundang ke majlis-majlis luar untuk menghibur peminat P. Ramlee di luar sana.




Baru-baru ini beliau dijemput untuk "live" dalam siaran radio seperti Kupi-Kupi F.M, Sinar F.M dan membuat penampilan khas di rancangan siaran Astro Ria, Meletop. Malah Dato' AC Mizal sendiri kagum dan terpesona akan gaya Fairuz.




Semoga selepas ini kita akan dapat melihat lebih banyak penampilan Fairuz di kaca TV. Harap boleh tampil di Sepahtu Reunion ke ye tak?




Kami semua merindui P. Ramlee. Dan kehadiran Fairuz Misran mengubat rindu kita semua.

Admin kalau jumpa Fairuz ni rasa nak peluk-peluk saja. Melepas rindu pada P. Ramlee lah sikit. Huhu

Viar Vetik??

FAIRUZ MISRAN TUMPANG GLAMOR P.RAMLEE?

Baru-baru ini viral seorang jejaka yang memiliki paras rupa, gaya percakapan dan nyanyiannya persis Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Teuku Za...